Monday 20 May 2013

Group video entitle: Osem Nurse

Post ini merupakan tentang assignment bagi subjek Teknologi&Inovasi dalam Pendidikan yang memerlukan kami satu kumpulan yang terdiri daripada 3-4 org, diminta menghasilkan videoclip berkumpulan yang mempunyai unsur pengajaran berkaitan kehidupan ini dan berhubungkait juga dengan profession kami sebagai jururawat.... :)

Jadi hayatilah maksud disebalik message yang cuba disampaikan melalui video ini....Semoga beroleh manfaat... <3


video osem nurse


"Sesungguh tidak kiralah setiap dari kita ini berbeza fahaman dan kepercayaan... Namun secara semulajadi@fitrah nya... Manusia itu memang suka kepada kebaikan.... tiada siapa yang ingin diperlakukan aniaya@jahat... semua manusia mahukan benda@perkara yang baik-baik sahaja yang terjadi pada diri sendiri.... :)

Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa setiap agama mengajar supaya berakhlak mulia dan berbuat baik@kebajikan kepada sesesiapa sahaja... Kerana setiap daripada kita semua menginginkan sesuatu pengakhiran yang baik di akhir usia kehidupan kita di dunia ini.... WA

10 Gambar Bahan Bantu Mengajar (BBM): Pemberian Istimewa buat Pesakit [Goody bag for Solat in ward]

As salam dan Salam Sejahtera pembaca blog sekalian... :)

Post ini merupakan salah satu assignment bagi subjek kursus Teknologi &Inovasi dalam Pendidikan.. yang mana saya di kehendaki untuk membuat produk@modul daripada apa jua bahan yang boleh dijadikan sebagai hadiah yang bermanfaat kepada pesakit di bawah jagarawatan saya.... :)

Gambar-gambar di dalam post ini merupakan beg yang saya hasilkan menggunakan baju kemeja T yang sudah tidak saya pakai.. tetapi masih elok dan cantik kainnya....
InsyaAllah di masa hadapan, saya berhasrat untuk terus istiqamah membuat beg ini dan boleh dijadikan sebagai goody bag kepada semua pesakit saya di Wad tempat saya bertugas nanti, supaya membolehkan saya saling berpesan-pesan serta mengajar pesakit tentang cara-cara solat ketika sakit dengan kewujudan kit panduan solat ketika sakit yang saya sertakan sekali dalam beg yang saya hasilkan ini.... :)


Oleh itu, tercetuslah idea saya untuk membuat Beg untuk keperluan solat dengan disertakan sekali Kit panduan solat ketika sakit.... :) [saya pasti sahabat-sahabat semua mesti ada banyak baju kemeja T di rumah yang sudah tidak boleh dipakai namun masih elok dan cantik... begitu jugalah dengan saya]

Saya mendapat ilham untuk menghasilkan beg untuk memudahkan pesakit solat di wad selepas teringat akan program DakWad yang saya sertai pada semester lepas anjuran pelajar kolej KTDI dan PPUKM. Program DakWad ini merupakan program yang berbentuk bengkel yang mana ia menekankan dan membawa message penting kepada bakal-bakal doktor dan jururawat tentang peri penting dakwah di wad yang memfokus kepada peranan kita sebagai professional dalam bidang perubatan untuk saling nasihat serta berpesan-pesan tentang keperluan bersolat walau dimana dan bagaimana keadaan sekalipun kepada sesiapa sahaja yang berada di hospital mahupun specifik pada satu wad itu.

Gambar di bawah ini antara barang yang disertakan bersama goody bag diberi pada pesakit semasa sesi praktikal mengajar pesakit bagi program DakWad ini.

Begitu jugalah impian dan harapan saya untuk menjadikan PPUKM ini sebagai salah satu Hospital yang Mesra Ibadah pada masa hadapan... InsyaAllah begitulah juga yang saya nak dan akan amalkan nanti ketika sudah bergelar seorang Nurse di masa hadapan ketika saya telah boleh mula berkhidmat di mana jua hospital  di dunia ini.. dan semua itu bermula di wad yang mana saya ditugaskan nanti insyaAllah... :)








Inilah gambar beg yang saya telah hasilkan....:)
[gambar beg yang diambil dari 10 sudut yang berbeza] 




















































Saturday 18 May 2013

Video that inspired me to be a "Good and Safe Nurse" for ummah in the future... :) [InsyaAllah]

Ketika dalam proses mencari 10 video teknologi dan inovasi dan pengajaran dalam perubatan di Youtube sebelum ini, saya terjumpa juga dengan 3 video di bawah ini:













Video-video ini sangat memberi kesan mendalam pada diri sendiri serta membuatkan saya untuk sentiasa muhasabah balik tujuan kita di hidupkan di dunia ini dan betapa hebat dan beratnya tanggungjawab kita sebagai hamba kepada yang Maha Pencipta... Allah s.w.t....

Dalam pada itu, ia turut mengingatkan saya pada ayat-ayat Allah dalam Al-Quran : 

[Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.] (Adz-Dzariyat,51: 56-58)


[Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) ] (Al-Mulk,67:2)


Ayat Allah yang paling memberi kesan mendalam pada diri saya sendiri selepas menyaksikan 10 video teknologi dan inovasi serta 3 video ini ialah:

["Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku” ] (Asy-Syu'ara,26:80)

Ayat ini memperingatkan kepada kita bahawa hanya Allah yang Maha kuat dan kukuh kekuasaan-Nya... Segala yang berlaku itu tidak akan terjadi tanpa izin dan perancangan-Nya yang teliti lagi penuh dengan hikmah....
Kita sebagai manusia itu sendiri diberi kekuatan serta oleh Allah untuk berusaha mencari penyelesaian bagi apa jua masalah ataupun ujian di dunia ini...

Secara kesimpulannya, Allah yang mengetahui segala-galanya, tidak ada satu urusan pun yang tersembunyi daripada pengetahuan-Nya.Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap individu yang bekerja dalam bidang berkaitan dengan perubatan seperti doktor, jururawat, juruterapi gerak kerja, dietitian dan lain-lain untuk ambil peranan proaktif, mengingatkan kepada pesakit bahawa semua penyakit yang menimpa seseorang itu hanya Allah ataupun tuhan sahaja yang dapat menyembuhkannya. 
Kita hanya membantu memberi saranan dan cara terbaik bagi mempercepatkan penyembuhan sesuatu penyakit itu sahaja melalui kepelbagaian teknologi yang terkini dancanggih telah wujud dalam bidang perubatan ini. Selebihnya itu pesakit perlu sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada Allah bagi memberikan kesembuhan dan kesudahan yang baik.

10 video inovasi dan pengajaran dalam perubatan






































10 Gambar Teknologi dan Inovasi dalam Perubatan



Scanadu Scout™

Alat elektronik ini sangat bermanfaat pada semua lapisan umur, yang mana ia berjaya memainkan peranan sebagai pegawai perubatan khas di rumah dan dimana jua anda berada dengan hanya menggunakan ‘skin to device touch’ pada alat tersebut. Alat ini berkemampuan untuk mengesan tanda gejala bagi semua jenis penyakit dari hujung kulit kepala hingga ke hujung kaki anda. Berfungsi dengan sangat canggih untuk memberikan informasi kesihatan tentang langkah –langkah rawatan awal yang boleh di ambil apabila ditimpa penyakit dengan informasi yang sangat padat sepertimana yang anda boleh dapati setiap kali pergi ke hospital. Alat ini memberi 100% informasi kesihatan lengkap dengan bukit perubatan sintifik yang terkini serta dapat mengurangkan kadar kemasukan pesakit ke hospital apabila pemeriksaan kesihatan dapat dilakukan sendiri oleh pesakit dimana jua mereka berada melalui paparan computer riba yang bersambung melalui internet serta anda juga dapat mengakses informasi ini melalui telefon pintar anda sekelip mata. Alat ini juga boleh dikongsikan informasinya melalui email anda yang mana boleh anda terus hantarkan laporan kesihatan anda terus pada doktor rujukan masing-masing bagi mendapatkan informasi lebih lanjut tentang status kesihatan anda.




Hapifork, Eat Slowly - Lose Weight - Feel Great

Makan terlalu cepat membawa kepada masalah penghadaman dan mengawal berat badan yang lemah. HAPIfork merupakan garpu elektronik yang membantu anda memantau dan menjejaki tabiat makan anda. Ia juga memberi amaran kepada anda dengan bantuan lampu penunjuk apabila anda makan terlalu cepat.
Setiap kali anda membawa makanan dari pinggan anda ke mulut anda dengan garpu anda, tindakan ini dipanggil: "garpu berkhidmat". HAPIfork juga akan mengukur:
      - Berapa lama kita mengambil masa untuk  makan.
      - Jumlah "hidangan" diambil setiap minit.
Maklumat ini kemudian dimuat naik melalui USB ke Dashboard Online anda untuk mengesan kemajuan anda. HAPIfork ini juga dilengkapi dengan aplikasi HAPILABS yang ditambah dengan program latihan untuk membantu meningkatkan tingkah laku makan anda.




iHealth’s wireless smart gluco-monitoring system

Alat elektronik yang menyediakan pesakit kencing manis dengan cara yang mudah untuk mengukur dan merekodkan paras glukosa darah daripada peranti mudah alih mereka. Wireless Sistem gluco-Pemantauan Smart menghubungkan wayarles kepada pelbagai peranti IOS, termasuk iPhone baru 5. Pengguna serta-merta boleh menyimpan sehingga 500 keputusan ujian ke atas meter tanpa wayar, trend lagu dari masa ke masa, menubuhkan peringatan untuk mengambil ubat-ubatan dan trek ujian jalur tamat tarikh secara automatik tanpa memerlukan pengiraan atau kod.




Blood pressure monitor by Withings

Alat pintar dalam mengukur tahap paras tekanan darah dalam tubuh badan  seseorang individu itu tanpa mengira usia dan sama ada berpenyakit jantung mahupun tidak serta dimuatkan juga dengan alat pengera serta menrekod kesemua data-data bacaan itu ke dalam telefon pintar anda yang mana boleh memberitahu kita paras tekanan darah berada dalam keadaan baik dan normal atau pun tidak secara terus kepada kita serta data-data tersebut boleh diakses dan di hantar terus pada doktor rujukan anda dan diturutkan sekali informasi terkini tentang langkah berjag-jaga yang mampu dilakukan oleh pengguna alat ini sendiri. Mesin ini sendiri tidak terhad pengguna dan mesra pengguna, berkeupayaan  merekod data-data tersebut secara berasingan.Pemeriksaan tekanan darah dapat dilaksanakan sendiri dimana jua kita berada dan tanpa perlu lagi ke klinik atau hospital bagi melakukan pemeriksaan.




Smart baby monitor by Withings

Alat ini merupakan alat inovasi yang sangat bermanfaat bagi  menyelesaikan masalah ibubapa yang sibuk keluar bekerja tetapi pada masa yang sama risau dan terpikirkan tentang keadaan anak-anak kecil yang ditinggalkan bersama penjaga mereka ketika tiada disamping mereka. Alat ini berkemampuan untuk memberikan gambaran visual yang sangat jelas dengan aplikasi mengfokus yang sangat tinggi resolusi video dan kameranya dan turut disertakan dengan mikrafon yang membolehkan mereka mendapatkan informasi tentang apa jua bentuk aktiviti yang dilakukan oleh penjaga mahupun anak-anak mereka ketika di tempat pengasuh. Alat ini juga mampu mengawal suhu bilik dan tahap kelembapan yang sesuai dengan persekitaran anak-anak mereka serta memberi ruang kepada ibubapa untuk berinteraksi, berhibur dan mengawal serta menjamin keselamatan anak-anak ketika mereka melakukan apa jua aktiviti hanya dengan berkomunikasi secara tanpa wayar di telefon pintar mereka (iOS@Androids) yang dimuatkan sekali dengan alat pengera serta lampu. Saiz alat ini yang sangat comel dan mesra pengguna juga memberi kesan yang sangat positif kepada hubungan kekeluargaan itu sendiri.






Smart kid scale by Withings

Alat penimbang berat pintar bagi kanak-kanak ini sangat memberi satu manfaat baru dalam dunia perubatan kanak-kanak pada masa kini. Di mana alat ini berkemampuan untuk menimbang berat anak kecil yang baru lahir sehinggalah umur mereka mencapai ke 8 tahun, yang dimuatkan dengan alat sensor yang mampu mengesan berat badan tanpa perlu menanggalkan pakaian anak-anak, suhu badan serta tahap kandungan nutrient yang perlu kepada anak tersebut dengan merekod semua bentuk pengambilan makanan anak-anak serta memberikan gambaran tumbesaran anak-anak secara specifik dan jeals melalui graf yang mudah untuk difahami serta dengan nasihat tentang langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibubapa terhadap status kesihatan anak-anak yang disambungkan secara tanpa wayar terus kepada telefon pintar mereka.




Flex ™ wireless activity & sleep wristband by fitbit

FLEX ™ wireless aktiviti & gelang tangan yang mengukur kitaran kualiti tidur. Alat ini nipis, peranti bergaya dengan anda sepanjang masa. Pada hari tersebut, ia menjejaki langkah, jarak dan kalori yang dibakar dalam tubuh badan. Pada waktu malam, ia menjejaki kitaran tidur dan bangun anda pada waktu pagi. Hanya menyemak lampu untuk melihat bagaimana kemajuan kesihatan. Ia adalah motivasi yang anda perlukan untuk keluar dan menjadi lebih aktif.






ARIA ™ WI-FI Smart Scale

Mendapatkan di mana anda mahu. Aria ™ menjejaki berat badan, peratusan lemak badan dan BMI, lukisan gambar kemajuan jangka panjang anda. Ia tanpa wayar mensegerakan statistik anda dengan graf dalam talian dan alat mudah alih yang membantu anda kekal bermotivasi dan pada landasan yang betul. Apabila anda berada dalam kawalan, melangkah pada skala penimbang dengan penuh yakin.






Smart Body Analyzer WS-50

The one-stop health tracking scale. It allow you to understand your body which an enlightening experience by allowing you to discover your body data that consider variations of the fat-lean ratio and Body Mass Index to make sure you target the right pounds. Reveal patterns, become weight-aware. It also helps you enjoy the weight tracking process  with the data that you can trust, reach an unmatched level of accuracy.

These devices are Internet-connected body scales are equipped with Position Control™, a technology that warns you if you are leaning too much. It even can take your pulse while you weigh yourself, with no extra effort. Just stand a few seconds on the Smart Body Analyzer while it measures the heart rate through feet. Next it will assess your fitness level by taking regular measures and consider your standing resting heart rate's history to know if you're improving your fitness level. Besides that it will have crunched all the data into easy to read graphs which are readily available to you before you even realize it. Access your securely stored data whenever and wherever you need it in the dedicated web and mobile apps (iOS and Android). The app will break them down into weekly achievable targets while keeping you focused with relevant tips and reminders on your smartphone and tablet.

On top of all, this device see the invisible, as the scale checks the indoor air quality through temperature and carbon dioxide measuring, the app builds a CO2-level graph with the important thresholds and lets you know when to clear the air and helps you make sure you keep CO2 at healthy levels, when placed in your bedroom - a rather confined space where you spend a lot of time, you can get the most restorative nights.

It is Family-friendly device, which with only one scale fits all. This scale is made for the whole family: the scale is able to recognize up to 8 users. Everyone can have their own user profile and access it independently and it has sharing options that enable you to decide who sees your data. By default, your readings are private, but you can decide to forward them to your doctor via email or to share them with the world.





Wahoo Reflect-iPhone powered bike computer by Wahoofitness

The Wahoo RFLKT is the world's first iPhone powered bike computer! All the power of your iPhone in the size of a sleek cycling computer.  Keep your iPhone safely tucked in your jersey pocket and access all of your App data from your bars.

Features:
iPhone Powered
- The Wahoo RFLKT wirelessly receives data and images from an iPhone located in the jersey pocket or saddlebag of the cyclist. Using the buttons on the side of the RFLKT, a user can control the App, change data screens, start and stop the timer, and control other App functionality such as music playback and more.
Sleek Profile
- Weighing in at only 2 ounces, the RFLKT measures 2.4” long by 1.6” wide by 0.5” thick.
Low Power
-  Long-lasting, replaceable coin cell battery; no need for extra cables or recharging
Wireless Bluetooth 4.0 (Smart) Connectivity
- The RFLKT has simple wireless connectivity through a Bluetooth 4.0 connection
Weather and shock proof
- RFLKT is IPX7 certified for riding in all types of weather and on all types of terrain
iPhone 4S and iPhone 5 compatible

Compatible Apps:
RFLKT is compatible with the NEW Wahoo Fitness v3.0 App for Cycling, and compatibility with other top rated cycling Apps including Cyclemeter and even popular running apps such as Runmeter.



Jom turut sama memberi dan menerima manfaat... :)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pengunjung and pembaca blog sekalian…

Sebagai pengenalan diri, saya Hareezah pelajar Fakulti Perubatan UKM bagi jurusan Ijazah SarjanaMuda Kejururawatan dengan kepujian, masih sangat baru dalam bidang penulisan blog ini. Saya mewujudkan akuan blog ini pada asalnya hanya untuk memenuhi syarat  tugasan bagi subjek wajib universiti saya iaitu Teknologi & Inovasi dalam Pendidikan (GGGE2123) Perubatan bagi semester yang ke-6 ini. Bagaimanapun saya sudah mula berasa terpanggil untuk turut berkongsi ilmu tentang teknologi  dan inovasi dalam bidang perubatan yang mana tidak semua orang di luar sana berada ataupun bekerja di dalam bidang yang berkaitan dengan perubatan, ia merupakan sesuatu yang sangat memberi impak yang berbeza kepada tahap kesihatan seseorang individu itu apabila ia mampu memperoleh pendedahan awal tentang kemajuan ilmu perubatan demi menjaga tahap kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran ke arah yang lebih baik.

InsyaAllah saya juga akan turut berkongsi hal-hal lain yang berkaitan dengan kehidupan manusia dan peranannya diatas muka bumi Allah ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan perkongsian daripada sahabat-sahabat yang lain dalam blog ini pada masa akan datang. Semoga Allah redha dan semoga dengan kesempatan ini, ia memberi ruang kepada saya untuk memahami dengan lebih baik bakat diri sendiri dan turut sama memperoleh manfaat yang baik. Salah dan silap serta kekurangan dalam penulisan blog ini adalah merupakan kelemahan saya sendiri dan mohon sahabat untuk tidak segan memberikan teguran…. :)


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah , bagiMu segala pujian. Engkau penegak langit dan bumi, alam semesta serta segala isinya. BagiMu segala Pujian, BagiMu segala kekuasaan di langit dan di bumi, alam semesta dan segala isinya. BagiMu segala pemancar cahaya langit dan bumi. BagiMu segala pujian Engkaulah yang benar dan janjiMu adalah benar. Syurga adalah benar dan neraka adalah benar dan semua nabi itu adalah benar. Nabi Muhammad SAW adalah benar dan kiamat itu adalah benar.

Ya Allah kepadaMu aku berserah diri, dan kepadaMu aku berhukum. Ampunilah atas kesalahan yang sudah dan belum aku lakukan, samada yang tersembunyi atau yang terang-terangan. Engkaulah yg terdahulu dan Engkaulah yang terakhir.Tiada tuhan melainkan engkau.Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Engkau… Amin…